Melbourne Trip
6th - 12th April 2017
Phewwww.. Aku rasa it's been a while and long long time aku tak update blog aku ni. Adalah nak dekat 3 tahun aku rasa. Life has change a lot and aku bersyukur sebab Allah bagi aku macam macam yang aku tak dapat dulu. Alhamdulillah , semoga kita semua di berkati Allah S.W.T.
Eh!!!! dah dah.. Cenggini , aku nak story pasal cerita aku pergi Melbourne tempoh hari. Aku tak tau nak cakap macamana tapi aku la ni tak bleh move on. I FALL in LOVE with MELBOURNE.
Why? . The people , the culture , the environtment , the city , the country side semua aku fall in love. Cita cita aku sebenarnya nak kerja oversea. Nak migrate hahaha. Tapi maybe belum rezeki kot. I'm planning to move if ada peluang yang baik and legally.
Al kisahnya,.. aku book flight kalau tak silap aku bulan 11 2016 for this Melbourne trip. Very lah teruja sampai aku SWIPE card aku beli GOPRO hahahah. Excited babe. Ye lah asik pergi negara yang rata rata rakyatnya bermata sepet, kali ni rakyatnya bermata bulat dan berkaler kaler hahaha..
Aku beli tiket flight around RM 963.00 to and fro with Air Asia X. Then seperately aku booked hotel at booking.com. Nak jadi cerita aku came across a promotion in Booking.Com. Maka dapatlah aku harga RM1600 for 2 for 7 days 6 nights at PULLMAN MERCURE ALBERT PARK. Mula mula aku ingat hotel ni biasa biasa je. Almaklumlah pengalaman travel sebelum ni, hotel so so je sebab bukannya nak memerap 24 hours inside the hotel. Lagi sekali Allah kejutkan aku dengan MERCURE ALBERT PARK ni. Syukur Hotel ni adalah yang terbest selama pernah aku travel. Aku rasa dalam 4 star kot or 3 , entah hahahah.
Okaylah, panjang pulak muqadimah aku kat sini. So kite start dengan hari aku bertolak.
MELBOURNE DAY 1 ( 6th April 2017 )
Aku take flight dalam pukul 10.10am. Ceritanya aku pergi dengan anak buah aku, Dibba and kakak aku Angah. But as she is travelling with MAS ( husband keje MAS chuols ) so she flew 1/2 hour earlier than us.Aku risau gak sebab she is on standby. Tapi her husband can do miracle hahaha. So alhamdulillah she got her seats. Aku seperti biasa naik le Air Asia X. Hadap je leg space yang kecik tu haha.
Seat aku ngan Dibba was belakang sekali , i think 3rd row from the back. And as usual kalau long journey aku mesti beli meal. Punyalah excited sampai tak tido malam tu bila nak fly. Luggage pun aku beli siap siap. 20kg pergi and 40kg balik. Haaaaaa nampak. Ini orang kata in case of emergency hahaha.
Actually aku bawak another person jugak. Nama dia Redzuan Jamaludin. Dia ni ex staff aku punya cousin. Nama Redzuan tapi panggil Hasan hahaha. So nak jadi cerita my ex staff ni nama dia Syafiq Dalbi, dia sponsored tickets his cousin to Aussie kau. Aku rasa dia ni mesti tokey ganja hahahah. No lah, he is working in Australia in the farm.
Lama betul aku tak jumpa Syafiq ni. Aku suka dia sebab dia ni rajin kalau bekerja. Tak banyak songeh. Lost contact lepas dia sambung belajar and berhenti kerja. Tup tup aku dengar dia dah kat Aussie. Untunglah kau, aku pun tak kerja Aussie Syapiq. Hahahah.
So our flight took about 7 hours and 55 minutes. We landed at Tullamarine Airport.
Masa sampai bermacam macam lah aku dok pikir. Beg kene check lah, rokok aku kene rampaslah, vape juice aku kene buang sinki lah, Ni semua si Syafiq bagitau, possibility. Dia siap suruh aku bawak passport lama incase kalau immigration tanya buat apa kat sini.
So we landed at 8.00pm Melbourne time. Approximately 2 hours earlier than Malaysia. Perasasan berdebar debar kat airport ni sebab dok pikirkan janganlah beg kene check. Puas baca macam macam dalam hati hahah.
After kiteorang lepas from the immigration , then ada satu lagi check bila nak keluar. We handed over our arrival card and dengan bahagianya the lady kata, HELLO, NO CHECKING FOR YOUR TODAY, PLEASE PROCEED TO THE EXIT GATE. Aku punyalah bersyukur, lepas jugak vape juice aku. Bukan apa, so Syapiq suruh bawak. Kalau aku tau aku beli lagi sebotol. Hahahaha. Takpelah kan nak buat macam mana.
Kebetulan tengah berasap aku dapatlah berkenalan dengan mamat mat salleh dalam flight duk depan aku. Nama dia Shawn. Ni bukan shawn kingston hahah. He is from England. So sekarang menetap kat Aussie. Tp tak sempat plak nak mintak insta ke what so ever sebab dia sempat borak borak sikit while merokoking hahah.
Then Syafiq call katanya suruh tunggu kat Mcdonald's, so dah lah map takde aku pun pergilah bertanya kat uncle jaga lalulintas kat situ. So dia pun bagitau walk straight, Mcdonalds is on your right.
Dengan beg besar ala ala cabin crew kami menapak. Cuaca was sejuk and aku memang suka sejuk sejuk ni hahah.
Tak lama kiteorang tunggu kat McD , Syafiq sampai with his friend nama Asheem. Rupanya kawan sekolah dia gak , junior. So kami berkenal kenalanlah. As usual aku dan kakak aku apa lagi , breaking the ice le dalam kereta supaya depa tak ackward. Syafiq macam diam je, maintain maintain macho gitew hahaha.
So sepanjang jalan ke hotel we borak borak. Then sampai je Mercure Albert Park , kiteorang pegi check in. Actually Syafiq book satu bilik for his cousin. I check in mine. Aku nak dia stay kat hotel sebab nak le borak borak panjang ngan dia. Yelah almost 3 years tak jumpa. Tapi dia nak balik rumah and Hasan pun nak ikut dia. End up dia bayar bilik aku and aku duk sorang. Tapi aku paksa jugak dia tido bilik aku tak kisahlah bila.
So after check in we put our bags and we keluar carik makan. Punyalah susah nak carik makan since the shop there closed at 6pm. So kite pusing pusing and tanya receptionist. Then tarrraaaaa kite jumpa KFC. Nak kata Halal, wallahualam,. tapi ni kira macam daruratlah hahaha. So we buy the sets je. Baca BISMILLAH hahahah. So malam balik and we decided to go around Melbourne tomorrow.
By 8 Syafiq kene ada kat hotel jemput kiteorang. But we move by tramp je to the city.
Melbourne Day 2
7th April 2017
Hari ni alhamdulillah cuaca sangat baik. Awan membiru dan matahari menyinar seolah olah mengucapkan hai mate kepada kami hahaha. Kiteorang turun kat Flinder's Street. The thing yang aku kagum about Melbourne is the place masih kekalkan seni bina lama. And paling best ada wifi bersepah sepah. So tak perlu risau pasal Wifi bila kau in the city. We went pusing Melbourne nak tengok tempat tempat menarik. We also went to Hosier Lane and kat sini memang banyak lorong lorong maksiat ehh, lorong lorong yang penuh dengan Street Mural.So apalagi,Setakat beli GOPRO pastu simpan dalam bag? memang bukan aku lah hahahah. So biarlah gambar gambar menceritakan segalanya ye hahaha.
| One of the historic buldings |
| In front of Pullman Mercure Albert Park |
| At the Tramp Station |
| Beuatiful Buildings |
| This is one of the must try in Melbourne |
| Street Art in one of the lanes |
| Cantikkan? |
| Funky |
| Walking around Melbourne |
| Melbourne City |
| Flinder's Street Station |
Aku paling suka sebab matahari memancar betul betul like ke Melbourne City. And the bangunan macam di plan supaya matahari menyinar ke celah celah bandar. Best giler. Aku fall in love all over again.
We ended up our day by visiting the DFO kat South Wharf. Nothing yang menggoda aku sebab awal awal aku dah berdoa supaya Allah jaga nafsu membeli belah aku hahahah.Alhamdulillah termakbul.
| At Harbour View |
| At the parliament |
| Having Kebab as our Dinner |
| At South Wharf DFO |
Melbourne Day 3
8th April 2017
Hari nie kiteorang bangun awal and waiting for Asyeem and Syafiq to fetch us. Nak tahu kemana? We are going to the Great Ocean Road. Perjalanan mengambil masa selama 3 hours. We decided to waze and google map je. Fortunately Syafiq pinjam kereta budak rumah dia. Bebudak tu sangat baik. Aku sangat teruja betul nak pergi Great Ocean Road ni sebab view dia bile tengok dalam gambar boleh buat kau nangis berjam jam kat situ hahahah.
So kiteorang pun mulakan perjalanan. My angah buat bekal indomie goreng and I buat tuna sandwich filling. Semalam singgah supermarket beli barang barang sandwich. Murah betul barang kat sini.
| To Great Ocean Road |
| Beautiful |
| Sempat ambik gambar kat this beautiful house ke church ntah |
| Sempat singgah pekan Cowboy Lolz |
| Ni kat 12 Apostles |
Tempat pertama yang kiteorang sampai adalah Gibson Step. Memang memula tengok tu terpaku dan terpukau. Nak turun ke beach punyalah jauh tapi kiteorang tak kisah. Kakak aku tu pun turun jugak ke bawah.On the way nak turun tu ada le mat salleh ni bawak surfing board and kakak aku bolehlah pulak bertanya, "ARE YOU GOING TO SURF THERE?" and the mat salleh tu kata A AH hahaha. He said yeahhhh. And my sister went OWH MY GODDD... naik lawak plak aku tengok angah aku nie hahaha. Ngah, depa tu mandi macam kite mandi kat PD je ngah. Maybe because of the waves kakak aku macam tak percaya that they are going to surf there.
Then we move pulak ke Lorc Ard Gorge. Kat sini kau boleh tengok the rocks sculpture. aku tak tahulah kalau beberapa tahun sebelum masehi tempat ni mesti lai cantik. Bukan apa, sekarang batu batu nie dah terhakis tapi masih meninggalkan scenary yang cantik untuk kiteorang bergambar. When i saw these beautiful rocks, memang indah alam ciptaan Allah.
After that we move on to London Bridge pulak. Kau hengat kat London je ada Bridge, kat Aussie pun ada London Bridge. Sampai kat London bridge matahari mula dah nak terbenam. The view sangatlah Subahanallah cantiknya.
| Sempat ajak mat salleh kat situ bergambar hahaha. |
Then last sekali we ended up kat The Grotto. Kat sini kau kene turun bawah. Bile kiteorang sampai matahari dah almost terbenam. Aku punyalah jalan cepat sebab nak tengok the Grotto sangat. Alhamdulillah aku sempat tengok the arch yang sangat cantik. Sempat aku ambik gambar bagai kat situ.
Paling kelakar adalah disebabkan dah gelap kiteorang punyalah frust sebab tak sempat ambik gambar, Until dapat idea semua bukak phone backlight masing masing untuk bagi cahaya. Last last gambar yang di ambik menarik. Macam dalam studio hahaha.
| Angah aku paling win. Dia cakap macam heaven hahaha. And she fell in love with the Grotto. |
| Asheem , Myself , Angah , Syafiq and Dibba |
| I cant remember kat mana kite orang singgah |
Comments
Post a Comment